Posts

SETAHUN KERJA.

Image
salam. boleh tahan lama jugak aku tak update blog ni, sikit hari ada yg blog ni terkubur kang. sebenarnya bila dah habis belajar ni takde banyak cerita pun nak update, mane ada masa babe. ada tuu ada. masa utk tidur rehat bangun keje makan repeat jelah. ko apa tahu. dulu akhir tahun bukan main jugak semangat budak budak ni. last sem last sem. lepas kerja boleh relax.. kerja + duit = kawin . gambar google tup tup dah setahun kerja, tgk akaun macam biasa je. aik, mana hilang duit aku kerja selama ni.. lepas ni kena buat balik. takpe baru belajar cara nak hidup. ptptn pun boleh tahan tertunggak jugak aku ni.. hutang woi. mesti kena bayar. sebut pasal kerja ni, kucar kacir sebenarnya. kejap keje sana kejap kena sini. boleh dikatakan dua tiga orang jgk laa yg suka main tukar tukar kerja. susah jugak sebenarnya nak cari kerja yg kena dgn jiwa. dah kena dgn jiwa orang orang tempat kerja pulak yg taik. dah kena dgn orang orang tempat kerja, gaji pulak yg cemtaik.. nak taknak sabar ...

Titisan Air Mata GMP Yang Tak Terbuku

Image
ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT MEMBACA.. Auwww Yeah!! semua dah officially tamat pengajian. Semua subjek selama 4 tahun dah berjaya dirodok dengan tenang. Ahai. sejujurnya bila dah last sem ni dah takda dah istilah pecutan terakhir. Semua main ala kadar je. Terutamanya bab exam ni lah. Nak buat macamana emosi semua bercampur baur. yang ramai kawan- sedih nak ditinggalkan, yang ada sahabat geng sekali- sedih kuasa dua nak berpisah tp yang paling sedih kuasa bilion tu kategori yang nak tinggalkan dan berpisah dengan pakwe dan makwe. Bukan tinggal teruslah, tinggal kejap jeeeeeeeee. Part ni kritikal. Penyakit kemurungan mendadak membiak. Sukar dikawal.  Dalam gembira-gembira tu pasti ada sekeping kesedihan yang menginap dalam hatikan. Sekeping pun bolehlah. Yelah dengan siapa lagi lepas ni nak lepak gegila, berceloteh, bergosip, berpuaka, berdansa, BERtik. Opss. KAH!! Setiap pertemuan tu kan pasti ada perpisahan. Dari dulu lagi orang cakap macamtu. "Sedangkan Lidah Lagi Tergigi...

Detik Terakhir T-T

Image
Assalamualaikun & Salam Mesra kesayangans, YES! Semua memang tengah study ni. Al-maklumlah last punya study week dorang acah-acah all out lettew. AKU?! Aku masih seperti dulu rileks cool dan tenang. Menggelabah cuma bila betul-betul memerlukan. Kitorang cuma tinggal satu step lagi nak graduate. Tp ada beberapa jugaklah yang masih memerlukan dua step. Pasal apa lagi..pasal muet tak lepas lagila.. Of coursela aku tergolong dalam mereka-mereka yang tinggal satu step lagi tu. Ahhhh tinggal beberapa minggu je lagi kitorang boleh berkumpul lepak bersama berpuaka. Sebelum-sebelum ni pulak aku agak kesibukan gitu. Dan memang azam aku nak ajak dorang ni lepakkkkkk sampai muadzin berdiri kat mic nak laungkan azan. Nasib baik je muadzin tu tak sound dulu suruh balik. Time ni kitorang akan bersurai. Tapi pelajaran kami tak tinggal ok. Bukan apa, cuma nak habiskan sisa-sisa bergelar pelajar/mahaiswa ni bersama mereka semua. Lepas ni ada yang nak tunang, tunang pulak garang tak benarkan main...

kisah ACAP CHELSEA.

Image
salam. dah pukul 4 pagi ni. tetibe teringat pasal blog lama tak update. dan bila dah tak update ni. kena cari mood sebab nak bercerita seket. bukan apa. takdelah kau pg buang masa bukak benda bukan2 pagipagi buta ni. faham jelah budakbudak u kalau dah pagi apa jee yg dia buat. kaki anime. kaki futsal. kaki dota. kaki ayat pempuan. kahkahkah. gelak aku sorang2 tapi tak ikhlas mane pun gelak ni. saje nak panjangkan ayat. kau tahu apa.. merujuppp kepada tajuk di atas, memang post kali ni aku nak cite pasal acap jelah. ni lepas ni kalau dia baca tak tahu lah dia sengih ke dia suh aku delete. aku fikir apa. blog aku suka hati aku lah. nama diberi acap, 23 tahun dah, pakai spek. hensem (saja amik hati). tinggi sikit dari aku (amik hati lagi sekali). peminat fanatiksss chelsea. yg tak kenal chelsea boleh pg google "bus rapid kl warna biru". tak jumpa takpe. semenjak dua menjak ni mmg jadi bus. orang kata. aku tak kata. jangan marah cap. HAHAHAHA. kisahnya si acap ni kalau chel...

LEPAK dan PSM

Image
salam, Berabad jugaklah tak bukak blog ni, bukan apa. jadi student nii memang busy seket. kalah busy busy pak menteri. paling busy kalau jadi mpipi. ke sana ke sini. tak gitu afi. gurau fie lama tak bergurau jeles jugak tgk gambar helikopelirter tuu.. hahaahaha... apabenda tah nak cerita sebenarnya. selalunya kalau nak merepek kt blog ni lah. tak pun pergi twitter. pesbok susah. kan ada yang komen bukan2 berkait politik. kah3. bergaduh lah korang sampai mati kt ruangan komen tuu.. tahun 4 ni sebenarnya macam2, 4 tahun berkawan, belajar, berjalan, meronggeng, menggosip, melepak, makan, minum, pahtu lepak lagi... repeat balik. haa mcm tu lah. tengok kt situ pun dah tahu dah belajar tuu berapa percent je tuu.. kalau yg pandai takpe. dia study bila kau tgh lepak2 semua tu. pahtu diam diam dia dapat grade paling baik pahtu bergurau sedih dgn pointer tak dapat 4 flat. 2 perenggan jugak aku membazir, sebenarnya nak cakap lama dah tak lepak dgn kawan kawan. boleh tahan pawerr jugak hari ...

TUMPANG MELEPASKAN RINDU KELUARGA

Image
fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. melepas nafas rindu kepada keluargaku. Kebelakangan ini, hati ini terlalu sayu merindukan keluarga di kampung. Apa taknya dah hampir setahun tak balik. Sebab apa? Sebabnya tanggungjawab aku sebagai mahasiswa dah tak sama macam mahasiswa lain. Tula aku, gegatal sangat nak menambah amanah. Tapi inilah proses pembelajaran dalam kehidupan. Kena berani menghadapi masalah dan cabaran. Ada member aku kata, "masalah yang banyak nilah membuatkan kita lebih matang dan dewasa." setuju tak? Mungkin bila dah ada anak, aku boleh menceritakan pengalamanku ini kepada mereka, mungkin anak-anak saudaraku, mungkin juga anak-anak kawan-kawanku atau jika berpeluang memberitahu perkara ini kepada anak-anak masyarakat diluar sana. Harapnya melalui pengalaman ini aku dapat memotivasikan mereka agar menjadi insan yang bernilai dari segi akademik dan sahsiah termasuklah menjadi mukmin dan mukminat yang taat kepada Allah S.W.T. Sahabat sekalian, jangan pernah lupa m...

SAHABAT KURNIAAN ALLAH

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selawat keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W Alhamdulillah kini aku berada di tahun akhir semester terakhir pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dengan Kepujian. Ya, bunyinya agak seronok. Pasti ramai yang berandaian sem akhir ni kurang sedikit beban belajar. Tidak! sama sekali tidak. Mungkin ramai ada yang santai sahaja sem mereka. Tetapi tidak bagi Aku. Aku bergelar mahasiswa semester akhir dan juga sebagai ahli majlis perwakilan pelajar. Memang besar dan berat amanah dan tanggungjawab yang aku pikul sekarang ini. tapi niat aku cuma ingin membantu rakan-rakan lain lebih maju dan lebih bernilai sama seperti aku. Semester ini lain macam sedikit. penuh dugaan, konflik dan cabaran. Selepas satu, satu masalah timbul. ALLAH.  Bukan ini yang aku nak ceritakan sebenarnya tentang masalah yang aku hadapi. Tetapi kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi. Alhamdulillah Ya Allah Kau pertemukan mereka-mereka ini...