Detik Terakhir T-T

Assalamualaikun & Salam Mesra kesayangans,

YES! Semua memang tengah study ni. Al-maklumlah last punya study week dorang acah-acah all out lettew. AKU?! Aku masih seperti dulu rileks cool dan tenang. Menggelabah cuma bila betul-betul memerlukan. Kitorang cuma tinggal satu step lagi nak graduate. Tp ada beberapa jugaklah yang masih memerlukan dua step. Pasal apa lagi..pasal muet tak lepas lagila.. Of coursela aku tergolong dalam mereka-mereka yang tinggal satu step lagi tu.

Ahhhh tinggal beberapa minggu je lagi kitorang boleh berkumpul lepak bersama berpuaka. Sebelum-sebelum ni pulak aku agak kesibukan gitu. Dan memang azam aku nak ajak dorang ni lepakkkkkk sampai muadzin berdiri kat mic nak laungkan azan. Nasib baik je muadzin tu tak sound dulu suruh balik. Time ni kitorang akan bersurai. Tapi pelajaran kami tak tinggal ok. Bukan apa, cuma nak habiskan sisa-sisa bergelar pelajar/mahaiswa ni bersama mereka semua. Lepas ni ada yang nak tunang, tunang pulak garang tak benarkan main wasap.. hewhew harapnya takadalah yang macam tu. KOT. Tu belum cerita yang nak kahwin. Takpa kita tak payah cerita nanti makin kusut.

Seminggu ni memang agak larung sikit. Tapi takpa aku puas hati. Puas hati dapat bersama mereka. Dah makin nak habis ni, makin banyak pula perkara yang mengusutkan minda kami. Dan hal-hal yang mengusutkan nilah yang kononnya nak dihurai, digali, dirungkai dan dicarikan penyelesaian. tapi haram satu pun takda hasil. DOWN.

Selain lepak memalam buta, ada jugakl aktiviti lain. Kitorang ada Farewell Dinner bersama semua batch kitorang. Masa ni semua berkumpul dengan pakaian yang lawa-lawa. Yang gegurl mcm perinses yang boboy tak ubah seperti prins dalam cerita-cerita animasi kehenseman dia.

bida-dara
burung ini jinak sekali.












Selepas itu kitorang adalah makan bersama tapi time ni gua kena game. Aku ingatkan nak makan kat parit raja ni je, aku pun bersiapla biasa-biasa berselipar. Tup-tup makan kat bp tu haaa. Si Abah tu pula siap berkasut, aku pula berselipar memang mood down. Masa on the way tu pula boleh pula si Aben Almighty ni melencong ke simpang bpmall. Hati dah tak sedap ni. Hellyeah! nak tengok wayang dululah pula.DOUBLE DOWN. Sebab aku cuma berselipar saja. Arghh stress. Mereka gelak sakan. Pasal mereka tahu aku kalau keluar akan berkasut tak kira apa jua kondisi dan situasi.

Next, aku, Abah,Aben dan Muhammad Effa ke JPO. si Mohammad Effa tu nak beli kasut Timberland. Aben pun nak jugak. Aku bagi suggestion dan suggestion itu diterima. Aku pun mestilah beli jugak. Tapi bukan kasutla, cuma wax kasut dia saja. Itu je mampu. Nak di jadikan cerita si Abah ni, dia kuruska tak kuruska lebih kurang sama je pergi dia. Entah macamana benda yang dia mahu tu tak ada pula. ALASAN, PADAHAL MEMANG ADA MASALAH SIZE TU.

bermanjaan di JPO
coffee-coffee kat Chaiwalla.Co
belanja skit untuk haters


















Lepas ni cadangannya nak makan Nasi Beriani kat Melaka. Kena tunggu semua ada baru boleh pergi. Tp..tp..ada masalah sikit..tak apalah tak perlu diceritakan. SELAMAT MAJU JAYA SEMUA.

#senangsama2susahsama2

Comments

Popular posts from this blog

STUDY WEEK VACATION

BARU

LEPAK dan PSM