TUMPANG MELEPASKAN RINDU KELUARGA

fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. melepas nafas rindu kepada keluargaku.
Kebelakangan ini, hati ini terlalu sayu merindukan keluarga di kampung. Apa taknya dah hampir setahun tak balik. Sebab apa? Sebabnya tanggungjawab aku sebagai mahasiswa dah tak sama macam mahasiswa lain. Tula aku, gegatal sangat nak menambah amanah. Tapi inilah proses pembelajaran dalam kehidupan. Kena berani menghadapi masalah dan cabaran. Ada member aku kata, "masalah yang banyak nilah membuatkan kita lebih matang dan dewasa." setuju tak?
Mungkin bila dah ada anak, aku boleh menceritakan pengalamanku ini kepada mereka, mungkin anak-anak saudaraku, mungkin juga anak-anak kawan-kawanku atau jika berpeluang memberitahu perkara ini kepada anak-anak masyarakat diluar sana. Harapnya melalui pengalaman ini aku dapat memotivasikan mereka agar menjadi insan yang bernilai dari segi akademik dan sahsiah termasuklah menjadi mukmin dan mukminat yang taat kepada Allah S.W.T.
Sahabat sekalian, jangan pernah lupa mendoakan ibubapa kita yang pengorbanannya MasyaAllah amat banyak. Jangan sesekali melupakan mereka ini. Ibubapa sanggup melakukan apa sahaja supaya anak-anak mereka ini tidak pernah merasa kelaparan yang teramat.
Setiap kali, aku ada masalah mereka inilah yang membantu aku. tidak kiralah dari segi sokongan, dorongan dan tentu sekali kewangan. Instinct (betulka ejaan ini) seorang ibu memang kuat. Bila mana aku sedang menghadapi masalah yang besar, tiba-tiba sahaja dapat panggilan. Bila di tanya okkah. mestila cakap ok. Im trying my best overcome this problem.Ya Allah, banyaknya aku minta duit dengan mereka tetapi tak pernah sekali pun mereka tak bagi. Sejujurnya, memang banyak dah aku susahkan mereka ini.
Apa yang aku boleh buat sekarang ini adalah membalasnya dengan mengubah diri ini menjadi lebih baik. Aku mahu suatu hari ini mereka berkata kepada semua orang " Inilah anak aku!!" sambil senyum bangga sampai telinga dan mengangguk bongkak. ahaha.
Abah, mama, adik- adik semua, abang rindu sebenarnya tapi malu..huhu I LOVE YOU!!
Sedih pula.
Selalu mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mereka semua, diberkati dan di redhai olehNya. Tak lupa juga semoga murah rezeki supaya senang di bagi duit..ahaha
hmm. really miss all of you guys.
![]() |
*sorry geng lupa pula ini blog geng kita..wakakakaka
Comments
Post a Comment