Titisan Air Mata GMP Yang Tak Terbuku
ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT MEMBACA..
Auwww Yeah!! semua dah officially tamat pengajian. Semua subjek selama 4 tahun dah berjaya dirodok dengan tenang. Ahai. sejujurnya bila dah last sem ni dah takda dah istilah pecutan terakhir. Semua main ala kadar je. Terutamanya bab exam ni lah. Nak buat macamana emosi semua bercampur baur. yang ramai kawan- sedih nak ditinggalkan, yang ada sahabat geng sekali- sedih kuasa dua nak berpisah tp yang paling sedih kuasa bilion tu kategori yang nak tinggalkan dan berpisah dengan pakwe dan makwe. Bukan tinggal teruslah, tinggal kejap jeeeeeeeee. Part ni kritikal. Penyakit kemurungan mendadak membiak. Sukar dikawal.
Dalam gembira-gembira tu pasti ada sekeping kesedihan yang menginap dalam hatikan. Sekeping pun bolehlah. Yelah dengan siapa lagi lepas ni nak lepak gegila, berceloteh, bergosip, berpuaka, berdansa, BERtik. Opss. KAH!! Setiap pertemuan tu kan pasti ada perpisahan. Dari dulu lagi orang cakap macamtu.
"Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Sahabat Segeng". Minggu-minggu last ni pula ramai yang sibuk settlekan pelbagai kerja, tugasan akademik yang tertunggak. Minggu ni jugak semua kawan nak ajak lepak sampai tahap Advance Lepak. Emosi semua terganggu. Kesuntukan masa tau tak. Part emosi ni payah sikit. Bukan senang nak urus emosi dengan baik. Ni yang membuatkan perpisahan ni bertambah-tambah sedih haru-biru kuasa berapa tak tau. Nak di jadikan cerita, seorang sahabat ni sayang sangat kat kawan-kawan dia. Macam aku jugaklah. Jadi bila mana dia ajak jumpa nak bergambar nak sondol-sondol bahu tu ada pulak yang tengah busy dengan kekangan masa yang ada ni semua benda jadi priority paling tinggi. Nak jaga hati orang bukan senang beb.
Apa-apa pun we ols tetap sayangkan uols tu. Uols datangla balik sini kepangkuan weols ni. Forget the past. Its okay beb. Orang lama cakap "Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih". Takda hallah tu.
Nak cerita lagi, tapi sebak sebik sebuk dah hati ni. Mata berkaca beb. Habau. Ingat aku tak pandai menangis sedihkah? Aku memang rock tp hati taman herba botanikal. Ahaaa.
Already and Always Miss All of YOU GMPians.
THANKS FOR UR SUPPORT, ENCOURAGE, FRIENDSHIP AND EVERYTHINGS. MY LIFE HERE IN PARIT RAJA FOR THIS 4 YEARS, VERY-VERY MEANINGFUL AND VALUEABLE.
Please accept my LOVE and HUG (eyucks)
*aku x pastilah aben faham tak part aku speaking ni. loghat aku ala-ala british sikit. KAH!
Last but not least, sajian kudapan telinga...
Comments
Post a Comment