SAHABAT KURNIAAN ALLAH



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selawat keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W

Alhamdulillah kini aku berada di tahun akhir semester terakhir pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dengan Kepujian.

Ya, bunyinya agak seronok. Pasti ramai yang berandaian sem akhir ni kurang sedikit beban belajar. Tidak! sama sekali tidak. Mungkin ramai ada yang santai sahaja sem mereka. Tetapi tidak bagi Aku.

Aku bergelar mahasiswa semester akhir dan juga sebagai ahli majlis perwakilan pelajar. Memang besar dan berat amanah dan tanggungjawab yang aku pikul sekarang ini. tapi niat aku cuma ingin membantu rakan-rakan lain lebih maju dan lebih bernilai sama seperti aku. Semester ini lain macam sedikit. penuh dugaan, konflik dan cabaran. Selepas satu, satu masalah timbul. ALLAH.  Bukan ini yang aku nak ceritakan sebenarnya tentang masalah yang aku hadapi. Tetapi kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi.


Alhamdulillah Ya Allah Kau pertemukan mereka-mereka ini dalam hidupku ketika ini aku di perantauan. Rezeki aku mempunyai sahabat sebegini.
Dimana ketikanya aku menghadapi masalah, mereka datang menghulurkan bantuan. Subhanallah, Im so touched. Sebak di dada melihat kemurnian hati mereka ini. Hari itu, dompet aku hilang dari jagaan, sahabat aku ni sanggup mendahulukan duitnya untuk urusanku. Dan ada juga yang sanggup menawarkan wang ringgitnya untuk aku gunakan dahulu, siap boleh bayar bila-bila masa. Mereka ini tidak pernah berkira.

Maaf sekiranya ada lagi kebaikan bantuan yang kamu lakukan kepada diri ini sehinggakan aku tidak sempat nak menulisnya.

Sahabat-sahabatku sekalian,
kamulah keluarga aku dimana aku bersendirian.
Harapnya hubungan kekeluargaan ini terus terjalin hingga ke syurga.
Doaku semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.
InsyaAllah.

DOA RABITAH

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu 
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu 
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu 

Hidupkan dengan ma’rifatMu 
Matikan dalam syahid di jalanMu 
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu 
Hidupkan dengan ma’rifatMu 
Matikan dalam syahid di jalanMu 
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu 
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…

Amin Ya Rabal Alamin

MY GENG #GMP
picnic : makan malam kat taman
bebird saja..AHAKS


percutian idaman ke pulau (Pulau Pangkor)




Geng MPP pulak




BELANJA VIDEO PERCUTIAN SIKIT



Comments

Popular posts from this blog

STUDY WEEK VACATION

BARU

LEPAK dan PSM