Posts

Showing posts from March, 2014

TUMPANG MELEPASKAN RINDU KELUARGA

Image
fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. melepas nafas rindu kepada keluargaku. Kebelakangan ini, hati ini terlalu sayu merindukan keluarga di kampung. Apa taknya dah hampir setahun tak balik. Sebab apa? Sebabnya tanggungjawab aku sebagai mahasiswa dah tak sama macam mahasiswa lain. Tula aku, gegatal sangat nak menambah amanah. Tapi inilah proses pembelajaran dalam kehidupan. Kena berani menghadapi masalah dan cabaran. Ada member aku kata, "masalah yang banyak nilah membuatkan kita lebih matang dan dewasa." setuju tak? Mungkin bila dah ada anak, aku boleh menceritakan pengalamanku ini kepada mereka, mungkin anak-anak saudaraku, mungkin juga anak-anak kawan-kawanku atau jika berpeluang memberitahu perkara ini kepada anak-anak masyarakat diluar sana. Harapnya melalui pengalaman ini aku dapat memotivasikan mereka agar menjadi insan yang bernilai dari segi akademik dan sahsiah termasuklah menjadi mukmin dan mukminat yang taat kepada Allah S.W.T. Sahabat sekalian, jangan pernah lupa m...

SAHABAT KURNIAAN ALLAH

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selawat keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W Alhamdulillah kini aku berada di tahun akhir semester terakhir pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dengan Kepujian. Ya, bunyinya agak seronok. Pasti ramai yang berandaian sem akhir ni kurang sedikit beban belajar. Tidak! sama sekali tidak. Mungkin ramai ada yang santai sahaja sem mereka. Tetapi tidak bagi Aku. Aku bergelar mahasiswa semester akhir dan juga sebagai ahli majlis perwakilan pelajar. Memang besar dan berat amanah dan tanggungjawab yang aku pikul sekarang ini. tapi niat aku cuma ingin membantu rakan-rakan lain lebih maju dan lebih bernilai sama seperti aku. Semester ini lain macam sedikit. penuh dugaan, konflik dan cabaran. Selepas satu, satu masalah timbul. ALLAH.  Bukan ini yang aku nak ceritakan sebenarnya tentang masalah yang aku hadapi. Tetapi kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi. Alhamdulillah Ya Allah Kau pertemukan mereka-mereka ini...