"2.26pagi dah ni bang. abang bila nak tido?" otak bercakap sorangsorang. "ahh diam.. aku nak update blog ni, lama tak update. takde cerita. takde cerita. ahhh...!!" otak lagi satu bercakap sorangsorang membalas otak yg lagi satu tadi. dem. boleh gila kalau harihari bercakap sorangsorang camni.
jadi sebenarnya aku dah seminggu duduk kt universiti ni. jadi sebelum seminggu aku kt universiti ni. aku cuti seminggu pada minggu lepas. 7 hari pada minggu yg lepas. ayat macam dalam cerita mamat khalid la pulak. cuti seminggu ni memang paling digemari lah. sebab ni jee ada utk rehat ke main ke apa. semua kt rumah lah. sebab masingmasing balik. cuma bebudak palapes jelah yg tak gemar cuticuti. dorang kalau cuti selalunya ada je benda kena buat. kem sana kem sini hutan sana hutan sini. respek betul aku kt dorang ni. hahaha. nak jee aku upload gambar budakbudak palapes ni. yg celoreng2 muka. tapi kang mmg besok aku lebam seket lah.
sebenarnya takde mende pun cuti yg seminggu ni. kejap je sebenarnya. aku kemain lah semangat konon nak siapkan lesen time tu. tapi tak siap pun. mesej pakcik tuu tak berbalas. camanoo aku nak pg training woi pokcik woii.. lesen tak siap. dah. seminggu jugak lah terbazir. lainlain hari. memang aku lepak jelah manjang. takde orang lain dah. sebut je lepak. nama wan gigi dengan imran kena ada. sebab dua eko ni mmg ada. cuma wan gigi tuu jarang seket. praktikal. komitmen mcm nak kerja 10tahun bersama company jual van ambulan dia tuu. asal nampak jee van ambulan jenama apatah aku tak igt. dia cakap camni "van macam nii lah comp aku jual.. datang dari bla bla bla.. pahtu comp aku ada jgk buat aero bla bla bla... bla bla bla" mcm tuu lah kesudahan cite dia. bila dah hujung mmg aku tak dengar mana dah. jiwa aku dah jauh pergi time tu.. dia lepak dgn jasad aku jelah time tu. im senyap seket. fokus masa depan dia cakap. hahaha.
dah sudah. lainnya main bola padang sekali dgn dorang. dapat jugak aku rasa menang masa main dgn dorang ni. selalunya seri je. kalah aku malas nak sebut. sekali ni jelah main. next game hari ahad yg last minggu cuti. tapi time tuu aku dah balik sini dah. tak sempat lah nak main. sedihsedihhhh.. paling semangat kalau main bola bola ni. tapi time main, bila dah penatt tu. pancit. memang hilang terus semangat aku. semangat tercungap cungap lah time tuu.
sudahnya bola padang. lepak tido makan jelah. naik sekilo berat aku yg tak seberapa berat ni. amin. makan kt rumah lain. bila lepak makan lagi. nafsu makin menjadijadi kalau cuti ni. semua nafsu muncul. kang aku sebut korang cakap aku apa pulak ann. faham faham lah kamu wahai lelaki. hahahha.
ambui.. perenggan aku nii kejap panjang kejap pendek. selepas diselangi dengan acara acara lepak dan makan tido minum tuu. muncul lah imran ajak pergi tgk futsal hari khamis. ada laa jugak aktiviti yg aku rasa ada point seket. tonamen apa tah. AFC championship tak silap aku. hari pertama pergi. game paling hambar dalam sejarah. club dari china lawan kelab dari filipina. babi betul. babi. hambar teruk. china tuu main dah ngam. filipina yg team byk guna orang iran ke apatah. lembik semacam jee. kena teruk dorang. 10-2 tak silap aku.
ni sambilsambil taip benda ni. aku bluetooth kan gambar senang seket nak masuk tunjuk. tapi mende tahh asyik error error. semua pulak tu. natang. kena cucuk kabel jugak laa ni. biol dah window/laptop aku nii agaknya.
 |
gambar board dia |
 |
cina kuning filipin putih |
 |
sebelum game salam. |
ah setel. dapat jugak upload gmbr se se. jauh jgk nak pergi ni. dari sentul ke shah alam. nii handphone aku senyap semacam je ni. tido dah rupanya awek aku ni. tadi tup tup jee bunyi. kencang jgk mesej dia. aku pun sama balas kemain lajulaju semangat. hahaha.
tu gambar futsal. lupa. cuti seminggu tu mak aku tetibe jaga budak. memang tak tido mana lah aku time tu. budak tuu nanges kemain nyaring terbangun aku yg tengah sedap tidur. saja jee ni taktik mak aku laa ni nak suruh aku bangun awal. ceh. gambar budak ni memang wajib upload. saja nak tunjuk sifat baik aku dgn budak. sengih.
 |
kertas tu mainan/makanan dia agknya |
 |
aku tumpang comel dia kejap. haha |
tuu budak yg dijaga. ni anak buah pulak. hari lain laa tapi. mengamuk nak color ke pebenda tah. baringbaring last sekali tertido dia. yg ni memang tak kena jaga sgt. biar jee dia membuas dalam rumah. haha
 |
style merajuk yg terus tido. ahaha. |
sekian. lama tak pergi pasar malam. kali ni pergi jgk akhirnyaahh. hahaha
 |
pasar malam sentul |
gambar pasar malam ni menarik sebenarnya. yg abang helmet biru tu memang nak safety ke apa. bahaya pasar malam ni. eksiden kang. dia takpe lah pakai helmet. ni kalau sesak2 mmg dia lah paling tak sakit kalau terhantuk kepala. hahaha.. selesai cuti seminggu. tapi kesian jgk. sebab ada sorang member matrik ajak jumpa jumaat tu. tah camne aku boleh bantai tido sampai ke azan solat jumaat yg pertama. tak sempat jadinya. sorangsorang lah dia wechat wechat aku kt kuchai lama ke mana tah. nak tinted kereta. nak balik perlis. sorry abe rahim. hambe tertido. kang ada masa kita lepak. cuti singkat sangat. babai. nii kalau ada yg baca sampai last ni mmg power. panjang pulak cerita aku kali ni. padahal pasal cuti je. dah lah pasal aku je. tak selit pasal geng ke apa. hahahaaha.
Comments
Post a Comment