Kelab Anti-Badigol??!!
Seperti biasa rutin harian kitorang, pakai towel tunggu turn nak mandi..agak-agak siapa barisan belakang tu boleh tidur lagi kejap luangkan masa terluang tu. Memang kitorang manfaatkan baik-baik free time tu. Siapa cepat naik kereta, kena siapa yang lambat kena naik moto. Hal ini biasa terjadi kat aku dgn kecik yg POYO tu acah-acah Man Khan. Solat bersiap ke kuliah. Kelas demi kelas di hadiri. Nampak rajin sebenarnya. Hobi aku dengan kecik ni kacau orang sekeliling. x kira masa, tempat, dan golongan lapisan masyarakat. Terutamanya kaum hawa. Puas!!! kami berasa puas melihat riak wajah mangsa-mangsa kami. Ada yang senyum, senyum sinis, bengis, buat muka garang macam-macam respon yang di berikan. Kami tetap cool. Perasaan; riang seperti artis ternama. Seorang gadis senyap dan pemalu namanya Fasha. YES! Fasha dari kelantan manis orangnya. Dia menjadi mangsa kami dalam kelas ketika itu. Saja nak tengok respon dia. Respon x seperti di harapkan. Cuma senyum terpaksa barangkali. Kami tetap teruskan gangguan psikologi. Gadis KL dan Kedah bergabung mempertahankan Fasha. Mereka cemburu gamaknya. Kerana apa? kerana layanan kami terhadap mereka tak seromantik seperti layanan kami terhadap Fasha. Dalam pada itu gadis KL berkata "mungkin ada budak-budak ni buat group anti kamu" YES!! kami..kami yang bergelar BADIGOL. kami sedar akan perangai kami yang sebijik macam badigol.celaka amat. Kami dengan muka selamba menyorok perasaan hampa menjawab "mustahil..ini mustahil..kami penyeri UTHM" macam tulah lebih kurang ayat dia. Kacau orang memang hobi kami dan menjadi karier sampingan. Walaubagaimanapun gerakan kami sentiasa dihidu seterusnya dipotong line oleh seorang yang ingin menjadi seperti kami yang hepi go laki agaknya. IF U KNOW WAT I MEANLA...
**cerita merepek kaching!!
Comments
Post a Comment