Esok Nak Show Off !!!
YEAH!!! dah masuk sem baru..dgn cita-cita yang baru..harapan yang baru..keinginan yang baru..dan KASUT YANG BARUUUU!!!!!!!
++++++++
Besi-besi dumbbell gua angkat melatih tricep agar lebih besar menjadi pilihan aktiviti terluang sementara menunggu jam ke restoran mengisi perut yang tgh "najwa latiff".
"Jom kita realisasikan impian kita dr sem lepas tu afi?" tanya Kecik sambil dgn slamba menghirup sup gear box yang kami kongsi bersama. "impian mana satu ni Cik?" aku balas tenang. Rupa-rupanya impian kami memiliki kasut rare kat kedai bundle seberang jalan berhampiran simpang 4 berdekorasi dgn trafic light.
++++++++
Aku, Kecik, Abah, Aben.... menaiki keldai peliharaan masing2 ke tapak bundle.. Dari jauh lg aku dah aim baik kasut-kasut kat sana..memang banyak yg lawa, rare, one and only. Kami melangkah masuk.. masing2 mata berpinar-pinar ibaratnya lagu rihanna 'shine bright like a diamond'. Masing-masing memilih bagai orang gila...aku nak ini---aku nak itu---aku nak try ini--- eh tak muat---yang ini lawa---ini aku amek, macam-macam perangai.....kejakunan kitorang masa tu memang sampai ke tahap owner kedai datang menghampiri kitorang dan melayangkan satu tamparan hebat ke pipi yang gebu. Tamparan kesedaran namanya.
++++++++
1-rm38, 2-rm70, 3-rm100
aku dah pegang kemas dah kasut pilihan aku, Kecik pun macam tu jugak siap pakai lagi tu, selepas hasutan kencang kitorang ibarat syaitan memesongkan hati manusia..Aben memilih kasut paling rare dalam store tu, seperti biasa, memang dia yang paling last dalam segala hal, dia masih terpinga-pinga mencari kasut idaman hatinya..akhirnya jumpa!! Berlandaskan moto para pemain kamera lomo "Dont think, Just shoot" kami tanpa segan silu amek gambar sambil di perhati masyarakat sekeliling. Agaknya budak-budak ni pelancong.. mungkin bisikan seorang uncle.
![]() |
misi perbincangan |
![]() |
hasil tangkapan |
++++++++
Bangkai!! tak dapat nak murah lg..dapat penat je nego dgn bro tu.. tapi takpa impian dah tercapai hati sudah cukup berbunga.. Malam tu tak dapat nak tido awal..Excited nak show off dgn bebudak kelas dalam kuliah nanti..hehehehehe
Comments
Post a Comment